September 11, 2016

_=manusia=_

Olla.
lama aku menghilang kan..
waktu dan masa itu sentiasa ada untuk aku
tapi…
hati tak mahu.
#sajenakluahperasaan
Apa yang aku lihat atau rasa
Walaupun pedih, aku patut terima ia menjadi hakikat
Hei
Banyak hati mati sebab mengejar matlamat yang tak pasti
Ramai yang mementingkan diri hingga ada yang lain tergantung mati
.Manusia tanpa kemanusian.
Bumbung mana yang kau dongak sampai kau lupa
Tanah yang kau pijak dah tak merah dengan kesuburan,
Lantai mana yang kau tunduk sampai kau lupa
Langit dah tak sebiru jernih air laut,
Janji apa yang kau aturkan
Kalau akhirnya terpotong di suku jalan,
Bahagia apa yang kau nyanyikan
Kalau kau sebenarnya menjadi pengkhianat melodi,
Manusia kini tak langsung mencari atau menjadi
Yang tulus
Menunjuk atau berbangga terlakar menjadi misi
Yang asalnya suci
Setia tanpa curiga menjadi mainan lapuk
Yang dah tak menjadi pegangan
Kenapa manusia lari dari menjadi daie
kini
Untuk tegakkan benang yang basah
Bukan perkara yang memalukan
Aku juga pemerhati dan pelaku
Kerna aku manusia
Perilaku aku juga dah tak senada merdu
Dulu aku kejar nama
Kejar bahagia
Kejar apa yang mewah pada dunia
Aku tak sanggup untuk sujud mensyukuri semua
Aku tak rela melepaskan untuk memberi
Aku tak mahu berkongsi untuk sama bermanfaat
Aku fikir semua ini aku punya
Lalu
Aku dijatuhkan ke dalam lohong yang jauh dasarnya
Aku disedarkan dalam tika aku langsung tak besedia
Jujur
Aku takut.
Tangisan aku ,raungan aku,sendu aku
Sukar sekali aku hentikan
Tuhan yang  tenangkan aku
Aku cerita pada yang betul betul setia
Dann
Aku lega
Setelah itu
Aku sangat tahu
Apa yang ada  pada aku bukan milik aku
Penuhi harapan manusia bukanlah satu matlamat sebenar
Walau apa yang manusia kolotkan pada aku kini
Aku sangat tahu
Itu aku tak perlu kisah
Cuma
Aku memang sedang terjaga
Tapi
Aku masih melihat ramai yang terus buta
Ramai yang masih pekak dan bisu
Dari mengetahui rahsia kehidupan
Ya
Itulah manusia tanpa kemanusian
Kau hidup berfizikalkan seorang manusia sempurna
Tapi kau hilang sebenarnya
Hilang tuju,hilang arah
#maafkan.aku.kalau.tak.berapa.paham
#ini.bukan.puisi.kosongsemedang

#fikirkan.

June 7, 2016

FRIENDS IN LIFE




MAEN SAMPAI SENJA JOM~~EH.EH. SAMPAI MALAM LA~~

OLLA~
PERSAHABATAN.
IKATAN YANG HALIMUNAN.
AKU,KAU,DIA
NAH,
BAHAGIA KAU RASA BILA BERSAMA
TAPI MUNGKIN
ADA YANG
BIMBANG BILA DISISI
ADA YANG
HITAM BILA DIBELAKANG
ADA YANG
BERSEDIA MENGACU YANG TAJAM
MNUNGGU MASA TEPAT UNTUK MENIKAM
SAYANG,
HIDUP PERLUKAN TEMAN
YANG SEMENTARA KASIHNYA
ATAU
YANG KEKAL SEJATI LAMANYA
KAU BELAJAR BERDIRI DI DUNIA
DARI PELBAGAI RAGAM TEMAN
KAU MAMPU MENCIPTA NAMA
DARI PELBAGAI CARA PENGKHIANATAN RAKAN
KAU MAMPU TERSENYUM LEBAR
DARI TIPU HELAH KAWAN YANG BERJAYA KAU PUTUSKAN
...
KENAPA WATAK 'VILLAIN' SAHAJA YANG AKU DENDANGKAN.
???
...
HAKIKAT MANUSIA AKAN MENCARI YANG JAHAT
UNTUK MENEMUI 
KEBAIKAN
.
SELAGI TAK DIAJAR YANG KEJAM
MANUSIA TAKKAN FAHAM KELEMBUTAN
.
DARI PEMIKIRAN ITU,
MANUSIA SEPERLUNYA
MEMPUNYAI NILAI MENGHARGAI YANG TINGGI
'HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM'
BILA SATU TITIK PUTIH 
YANG MEMBAWA MAKNA BERSIH
DATANG PADA KAU
HANYA JIKA KAU JAUHARI KAU AKN MENGHARGAINYA
TEMAN DATANG DALAM LONGGOKAN
BUKAN MAKSUD AKU
BILA KAU TAPIS
YANG JAHAT KAU BUANG TEPI SEMUANYA
HAKIKAT 
YANG KAU JUGA
BERNAMA RAKAN KEPADA RAKAN
...
MUNGKIN KAU YANG TERBUANG DULU
...
HIDUP PERLUKAN TEMAN
UNTUK BELAJAR
...
BELAJAR CARA MENGHARMONIKAN DUNIA BERSAMA
KALAU DIA BERSAMA KEMAMPUAN KAU
MAMPU UNTUK MEMBERI CERITA GEMBIRA PADA DUNIA
TERUSKAN DAN MAJUKAN
KALAU DIA TAK SENADA KEMAMPUAN KAU
CUKUP KAU TAK MEWUJUDKAN APA APA 
SILANG SENGKETA
KERNA,ITU JUGA AKAN MEMBAWA AMAN PADA DUNIA
BENARKAN DIA HIDUP DENGAN JIWA,DAN KAU HIDUP DENGAN JIWA YANG PENUH
KALAU DIA MELEBIHI KEMAMPUAN KAU
DIA YANG  DIATAS MEMIJAK KAU
SAMAADA KAU BAWA DIA TURUN BERSAMA KAU
ATAU 
KAU MEMANJAT ATAS BERDIRI SETINGGI DIA
KALAU ADA YANG TERLALU LEMAH NYA DARI KEMAMPUAN KAU
DIA RASA HANYA HINA UNTUKNYA,
AMBIL DIA DAN MULIAKAN DIA
KAU TAKKAN RUGI SATU BARANG PUN
KERANA
KASIH YANG MENGALIRKAN PERSAHABATAN
ADALAH HALIMUNAN
KAU TAK SEDAR TAPI KASIHNYA ADA
KAU TAK MAMPU MEMENGANGYA ATAU MENGENAL PASTI MANA DUDUKNYA
TAPI 
IA ADA
...
#HARGAITEMAN
#SAYASAYANGKAWANSAYA
#KAWANSAYASEMUANYACUN
#KAWANKAWANSAYASANGATBAIKDENGANSAYA
#KAWANADALANANTARAELEMENPENTINGDALAMHIDUPSAYA
#SAYACOMEL
#:P
                                                                                                               -FRIENDS IN LIFE-