September 11, 2016

_=manusia=_

Olla.
lama aku menghilang kan..
waktu dan masa itu sentiasa ada untuk aku
tapi…
hati tak mahu.
#sajenakluahperasaan
Apa yang aku lihat atau rasa
Walaupun pedih, aku patut terima ia menjadi hakikat
Hei
Banyak hati mati sebab mengejar matlamat yang tak pasti
Ramai yang mementingkan diri hingga ada yang lain tergantung mati
.Manusia tanpa kemanusian.
Bumbung mana yang kau dongak sampai kau lupa
Tanah yang kau pijak dah tak merah dengan kesuburan,
Lantai mana yang kau tunduk sampai kau lupa
Langit dah tak sebiru jernih air laut,
Janji apa yang kau aturkan
Kalau akhirnya terpotong di suku jalan,
Bahagia apa yang kau nyanyikan
Kalau kau sebenarnya menjadi pengkhianat melodi,
Manusia kini tak langsung mencari atau menjadi
Yang tulus
Menunjuk atau berbangga terlakar menjadi misi
Yang asalnya suci
Setia tanpa curiga menjadi mainan lapuk
Yang dah tak menjadi pegangan
Kenapa manusia lari dari menjadi daie
kini
Untuk tegakkan benang yang basah
Bukan perkara yang memalukan
Aku juga pemerhati dan pelaku
Kerna aku manusia
Perilaku aku juga dah tak senada merdu
Dulu aku kejar nama
Kejar bahagia
Kejar apa yang mewah pada dunia
Aku tak sanggup untuk sujud mensyukuri semua
Aku tak rela melepaskan untuk memberi
Aku tak mahu berkongsi untuk sama bermanfaat
Aku fikir semua ini aku punya
Lalu
Aku dijatuhkan ke dalam lohong yang jauh dasarnya
Aku disedarkan dalam tika aku langsung tak besedia
Jujur
Aku takut.
Tangisan aku ,raungan aku,sendu aku
Sukar sekali aku hentikan
Tuhan yang  tenangkan aku
Aku cerita pada yang betul betul setia
Dann
Aku lega
Setelah itu
Aku sangat tahu
Apa yang ada  pada aku bukan milik aku
Penuhi harapan manusia bukanlah satu matlamat sebenar
Walau apa yang manusia kolotkan pada aku kini
Aku sangat tahu
Itu aku tak perlu kisah
Cuma
Aku memang sedang terjaga
Tapi
Aku masih melihat ramai yang terus buta
Ramai yang masih pekak dan bisu
Dari mengetahui rahsia kehidupan
Ya
Itulah manusia tanpa kemanusian
Kau hidup berfizikalkan seorang manusia sempurna
Tapi kau hilang sebenarnya
Hilang tuju,hilang arah
#maafkan.aku.kalau.tak.berapa.paham
#ini.bukan.puisi.kosongsemedang

#fikirkan.

No comments:

Post a Comment